Saturday 26 February 2011

Aku dan kelompok jiwa-jiwa mereka.

Dalam kehidupan yang tipikal ini, aku perasan yang aku banyak menyendiri. Selalu melarikan diri dari kelompok-kelompok manusia. Bila bersama, aku rasa tak tenang. Seolah suasana kacau bilau dan hiruk pikuk mengerumuni jiwa aku lantas memakan sisa-sisa hati aku yang semakin mereput. Seolah-olah segerombolan askar datang dan menembak aku tepat dikepala, dengan bunyi pistol yang mengamit naluri.

Aku bukan pasif. Malah jiwa aku selalu aktif. Hati dan jiwa aku selalu bersepadu membentuk kombinasi yang padu. Merencana idea, mentelaah perasaan dan mengira keadaan sekeliling. Sentiasa. Malah, aku seoronok dengan jiwa dan hati yang celaru seperti ini.

Aku cuba mengasingkan diri dengan sebab yang hakiki. Mereka, yakni jiwa-jiwa yang mengelilingi aku saban hari gagal untuk memahami aku. Atau, mungkin sebab aku yang gagal memahami jiwa-jiwa itu. Bukan salah aku. Bukan salah mereka. Kami dari kutub-kutub yang berlainan, tetapi terpaksa bersatu. Dari pelosok-pelosok bumi yang telah tercerai, tapi terpaksa bersatu dan bergabung untuk saling hadir di mata masing-masing.

Cara aku berfikir, cara aku berinteraksi, cara aku mengadaptasi dan cara aku mengimplemtasi adalah berbeza. Cara aku, dengan idea aku tersendiri. Dengan titik-titik penyebab yang aku rasakan wajar dan benar. Dengan fakta-fakta yang telah lama tertanam di dalam sanubari aku, menyebabkan pandangan aku terhadap idea aku menjadi statik dan stereotaip.

Aku hirau apa jiwa yang berlainan cara. Tapi, aku cuba untuk menyendiri supaya, mereka tak terhakis dan terjahil kerana aku.

Friday 25 February 2011

Metaforik Perasaan

Kadang-kadang, aku perlu selongkar sedalam-dalam hati, untuk mencari cebisan-cebisan perasaan yang tertinggal. Ya. Kadang-kadang, aku terlupa perasaan-perasaan aku. Perasaan-perasaan ini ibarat minda separa sedar . Kadang-kadang dilayan, kadang-kadang tak terlayan. Dan, tanpa sedar, benda-benda macam ni mencampuri dan mengaburi diri aku.

Buat berapa kali, aku perlu terima hakikat, bahawa titik bukan noktah. Berakhirnya sesuatu episod perasaan itu bukan bermakna ianya habis setakat itu. Kemurungan yang selalunya aku alami, tidak hanya tamat sekali. Sebaliknya, ianya akan menyerupai roda-roda kereta, dimana ia akan berpusing dan menemui aku kembali.

Setakat mana jiwa aku cuba untuk melawan, setakat itulah aku akan menang.

Thursday 24 February 2011

Sepatah dua kata

Akhirnya, blog ni siap juga. Ini bukan blog pertama aku. Ini blog entah ke berapa. Aku ada blog kerjasama dengan seorang blogger terkenal. Tapi sebab dia sangat terkenal, aku, entah siapa yang kenal. Aku juga ada satu blog untuk karya tulisan aku. Untuk aku tulis dan coret serba sedikit fantasti di kepala bana aku. Untuk aku, bermain-main dengan metafora. Mungkin, itu dunia aku.

Tapi, lama kelamaan aku hilang privasi. Aku mula takut-takut untuk bercerita. Aku mula rasa tidak sedap. Tidak lagi bebas seperti di awal penulisan aku dahulu. Aku takut orang-orang disekitar aku memandang aku dengan pandangan seterotaip. Dengan penuh prejudis. Ya, aku suka mencaci. Aku suka mengkritik. Itu kebebasan aku. Tapi, aku kena terima hakikat. Orang kita tidak suka dikritik. Tidak suka dicaci. Jadi, untuk sementara dan kepentingan aku, aku perlu lari. Lari, dari dunia yang dulu.

Aku tidak harap apa-apa.

Cuma, aku ingin bercerita, mengkritik, dan berkaraya, pada yang sudi terima.

Sekian.