Kadang-kadang, aku perlu selongkar sedalam-dalam hati, untuk mencari cebisan-cebisan perasaan yang tertinggal. Ya. Kadang-kadang, aku terlupa perasaan-perasaan aku. Perasaan-perasaan ini ibarat minda separa sedar . Kadang-kadang dilayan, kadang-kadang tak terlayan. Dan, tanpa sedar, benda-benda macam ni mencampuri dan mengaburi diri aku.
Buat berapa kali, aku perlu terima hakikat, bahawa titik bukan noktah. Berakhirnya sesuatu episod perasaan itu bukan bermakna ianya habis setakat itu. Kemurungan yang selalunya aku alami, tidak hanya tamat sekali. Sebaliknya, ianya akan menyerupai roda-roda kereta, dimana ia akan berpusing dan menemui aku kembali.
Setakat mana jiwa aku cuba untuk melawan, setakat itulah aku akan menang.
No comments:
Post a Comment