Saban tahun aku menanti, akhirnya cerita Merong Mahawangsa mengisi segenap penantian di hati aku. Berlatarkan sejarah, cerita seperti ini memang sesuai untuk ditatapi segenap lapisan masyarakat. Percayalah, kalau semalam tiada yang ingin ambil tahu siapa Merong Mahawangsa, tiada siapa yang kisah salasilah keturunan raja-raja, hari ini ramai yang cuba membuka selera. Pasti ramai yang cuba untuk mengkaji dan belajar kembali serba sedikit mengenai sejara kesultanan melayu.
Berkenaan plot dan ringkasan cerita, tiada yang kurang dapat aku persoalkan. Aku bukanlah seorang pengkritik filem, jadi aku ingin sekadar becerita serba sedikit mengenai pandangan aku.
Jalan cerita ini walaupun kompleks, tapi tidak susah untuk difahami. Sekejap-sekejap, filem Pirates Of Carribean akan menyelubungi benak penonton. Sirius. Kadang-kadang aku tertanya, ini filem melayu atau hollywood?
Mengenai efek animasi tak perlu aku rungkaikan panjang-panjang. Cukuplah umum mengetahui bahawa ianya adalah hasil sentuhan KRU. Semua boleh menilai sendiri hasil kerja mereka.
Melalui cerita ini juga aku perasan bahawa , penulis skrip (Amir Hafizi) cuba memperlihatkan watak Merong sebagai seorang hero yang asalnya loser. Sama seperti watak Jack Sparrow dalam cerita Pirates. Ini membuatkan jalan cerita ini lebih menarik. Namun tidak begitu banyak ciri-ciri loser yang ditonjolkan dalam watak Merong.
Aku harap cerita ni boleh mengatasi cerita Ngangkung. Sirius, apa ada sama ngangkung sehinggakan boleh mencecah 8 juta ?
Apa-apa pun, tahniah kepada Amir Hafizi untuk sebuah skrip yang hebat dan KRU untuk sebuah cerita yang mantap.
1 comment:
cerita ni macam gampang la bang. celake tak habes.
haha. tengok spongebob lagi best awwww~
Post a Comment